TEHRAN 24 Sept. – Ketua tentera darat Iran hari ini berikrar untuk memusnahkan sesiapa sahaja yang menyerang negara ini. “Kesan daripada mana-mana serangan adalah kemusnahan dan ‘penahanan’,” kata Mohammad Bagheri seperti dipetik oleh agensi berita Fars. Tambah Mohammad, Iran tidak mempunyai persengketaan dengan mana-mana negara di rantau Asia Barat. Bagaimanapun beliau mendakwa Arab Saudi dan sekutunya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai plot untuk menyerang Iran. – AFP










