JENAMA CoolBlog mungkin bukan asing bagi rakyat Malaysia. Namun, ramai tidak mengetahui ia adalah hasil anak tempatan dan merupakan perintis kepada air minuman teh pearl yang turut dikenali sebagai teh boba di negara ini. Bermula dengan pembukaan cawangan pertama di pusat beli-belah Sutera Mall, Johor Bahru pada tahun 2008, jenama itu kemudian berkembang pesat ke seluruh negara. Ia kini mempunyai kira-kira 300 cawangan dengan menawarkan 27 perisa melibatkan 300 jenis minuman. Selari dengan perkembangan trend industri minuman dan pencuci mulut tahun ini, pasaran tempatan menyaksikan pelbagai perniagaan lama dan baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya