SHAH ALAM – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah. Zuraida berkata, kes melibatkan Muhammad Adib sudah dijalankan sebaik mungkin demi memberikan keadilan kepada semua pihak terutamanya keluarga Allahyarham. “Alhamdulillah inkues kes ini berjaya diselesaikan selepas enam bulan dan seluruh rakyat perlu terima keputusan ini. “Saya minta untuk tidak dipolitikkan lagi perkara…










