KECANTIKAN adalah sinonim dengan sifat kewanitaan. Allah SWT menganugerahkan wanita dengan kecantikan yang tiada tolok bandingannya. Sama ada yang dilahirkan secara cantik semula jadi ataupun sebaliknya. Dalam bab kecantikan seorang wanita, disebutkan oleh Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, termasuklah kecantikan wanita itu sendiri.” Bersolek atau memperlihatkan perhiasan berlebihan digelar tabarruj. Menurut Ibn Manzhur dalam kitab Lisanul Arab, tabarruj membawa maksud wanita yang…










