PALEMBANG – Helikopter yang terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Indonesia sudah menggugurkan sebanyak 42 juta liter air di wilayah Sumatera Selatan sejak bulan Julai lalu, demikian menurut laporan portal berita Antara. Ketua Agensi Pengurusan Bencana Kecemasan (BPBD) bagi Sumatera Selatan, Ansori kelmarin menyatakan, sebanyak 42 juta liter air itu digugurkan oleh tujuh helikopter dengan 380 kali pengeboman air. “Jumlah kadar pengguguran air mula meningkat pada akhir…










