KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2020 untuk membantu mereka melaksanakan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Timbalan Menterinya, Dr. Ong Kian Ming berkata, kementerian telah mengemukakan permintaan tersebut kepada Kementerian Kewangan. “Selain itu, kami (turut) berharap untuk mempunyai lebih banyak insentif yang diselaraskan terutamanya untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing…










