PUTRAJAYA 5 Sept.- Hasil analisa makmal mendapati produk Hamer Ginseng dan Coffee Candy mengandungi racun berjadual ‘Nortadalafil’ dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Nortadalafil adalah merupakan ubat terkawal yang digunakan untuk merawat masalah fungsi seksual lelaki (impotensi atau erectile dysfunction). Beliau berkata, Kementerian Kesihatan telah mengesan beberapa premis yang menjual produk berkenaan di sekitar Lembah Klang dan…