Temu semula. Satu majlis pertemuan semula (reunion) melibatkan 120 orang bekas pelajar dan 20 orang guru dari Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru bagi sesi 1977 hingga 1981 telah berlangsung di Royal Segar Garden, Taman Segar, Cheras Kuala Lumpur baru-baru ini. Memandangkan pertemuan tersebut adalah kali pertama diadakan di Kuala Lumpur, maka sebahagian besar bekas-bekas pelajar yang menetap di Johor Bahru dan di negeri lain turut hadir dengan…










