SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium 1 Sept. – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff seperti tidak percaya menyaksikan dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Sebastian Vettel menguasai petak depan buat kali pertama dalam saingan Formula Satu (F1) musim ini. Menyifatkan kelajuan jentera Ferrari sebagai mengejutkan, Wolff hilang kata-kata dalam memikirkan peningkatan mendadak pada sesi kelayakan yang dipamerkan pencabar mereka itu yang menguasai petak satu dan dua meninggalkan dua pelumba Mercedes iaitu Lewis Hamilton dan…










