SUNGAI SIPUT – Dua kumpulan penjenayah yang aktif melakukan pecah rumah dan kilang di sekitar Sungai Siput dikenali dengan nama Geng Athi dan Geng Appu Boy tumpas selepas polis menahan tujuh lelaki bermula Isnin hingga Khamis lalu. Difahamkan, dua kumpulan tersebut diberi nama demikian berdasarkan nama ketua mereka iaitu Athi dan Appu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, tiga ahli kumpulan Athi dan empat ahli…










