WASHINGTON 30 Sept. – Gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter melanda Lautan Pasifik, luar pesisiran Chile. “Potensi kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda adalah rendah,” kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Terdahulu, dilaporkan gempa itu berukuran 7.2 skala Richter dan berlaku kira-kira 66 kilometer barat-barat daya Constitucion, Chile. “Secara keseluruhannya, populasi di wilayah ini tinggal di dalam sktruktur yang tahan kepada gegaran gempa bumi,” ujar USGS. – AFP










