ISLAMABAD 24 Sept. – Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter menggegarkan bahagian utara Pakistan tengah hari ini. Beberapa saksi mendakwa melihat sebuah bangunan runtuh di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang cedera. Pusat gempa tersebut berlaku di 22.3 kilometer utara bandar Jhelum di sepanjang sempadan yang memisahkan wilayah Punjab dan Kashmir. “Gempa terbabit terjadi pada kedalaman 10 kilometer dan dirasai di hampir seluruh wilayah Punjab, beberapa bahagian…










