SEREMBAN 2 Sept. – Sebahagian kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai jam 8 pagi, esok, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), hari ini. Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja pengalihan dan penyelenggaraan paip di Loji Rawatan Air. Beliau dalam kenyataannya di sini…










