Apakah maksud sebenar fotografi surrealism? Dalam definisi tepat surrealism merupakan salah satu cabang seni halus yang bermula dengan lakaran sebuah lukisan. Dalam konteks fotografi pula ia telah dicantumkan dengan beberapa kaedah dan teknologi supaya imej dihasilkan nampak lebih menarik sekali gus memberi pemahaman visual kepada pemerhati. Seni surrealism difahamkan bermula sekitar tahun 1920-an yang mana karya-karya pelukis pada abad itu mampu menyampaikan sebuah maksud tersirat namun bergantung kepada pemahaman kehidupan…










