SEJAK pembentangan Kertas Putih mengenai Felda pada Mei lalu, tidak banyak yang diketahui apa yang dilakukan terutama bagi menjamin kebajikan 112,635 peneroka di seluruh negara. Sebagaimana semua maklum, Felda mencatat kerugian terkumpul berjumlah RM4.8 bilion bermula 2013 hingga 2017, manakala liabiliti yang hanya RM1.2 bilion pada 2007, meningkat kepada RM14.4 bilion pada 2017. Jumlah hutang antara peneroka dengan Felda pula ialah RM5.5 bilion, dengan RM2 bilion belum dimuktamadkan lagi. Hutang…










