KUALA LUMPUR 22 Sept. – Ajaran Syiah yang difatwakan sebagai sesat di negara ini disifatkan sebagai alat politik demi menjaga kepentingan segelintir pihak khususnya golongan agamawan. Seorang ahli akademik yang berada di Singapura, Syed Farid Al-Attas mendakwa, fatwa itu dilihat mengikat pemikiran masyarakat Melayu Islam terhadap amalan mazhab tersebut sehingga timbul prasangka dan rasa tidak senang hati terhadap Syiah. Syed Farid berkata, konflik antara Syiah dan Sunnah menunjukkan kebencian yang…










