PASUKAN Melaka United dan Perbadanan Bola Sepak Negeri Selangor (PKNS FC) berdepan kemungkinan digugurkan daripada saingan Liga Super musim depan selepas masih belum mendapat lesen kelab kebangsaan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan perkara tersebut selepas sembilan daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super musim ini telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan untuk saingan musim depan. Namun, Melaka serta PKNS FC gagal mendapatkan lesen…










