Eyra Hazali sah nikah 1 November - Utusan Malaysia

Eyra Hazali sah nikah 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Eyra Hazali sah bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pemain bola sepak JDT, Muhammad Haziq Nadzli dalam satu majlis akad nikah yang akan diadakan pada 1 November nanti.

Perkara itu disahkan sendiri ibunya, Qhuzie Mohd. Johari dalam satu kiriman mesej kepada Kosmo! hari ini.

“Majlis nikah 1 November di Masjid Wilayah, manakala resepsi persandingan diadakan pada 3 November,” katanya.

Sebelum ini akhbar melaporkan dalam satu ruangan pojok, pasangan itu difahamkan sudah mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Eyra, 20, mengikat tali pertunangan dengan Haziq, 21, pada 1 Disember 2018.

Majlis pertunangan itu diadakan secara rahsia sebelum berkongsikan hal tersebut kepada umum beberapa hari kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN