KOLOMBO 27 Sept – Empat ekor gajah ditemukan mati disyaki diracun penduduk kampung di bahagian tengah Sri Lanka, dekat sini. Polis berkata, seekor gajah bunting dan seekor lagi gajah jantan antara yang ditemukan mati di kawasan hutan simpan berdekatan Sigiriya. “Kami telah menghubungi pakar hidupan liar dan veterinar untuk melakukan bedah siasa,” kata polis berkenaan. Hampir 200 kes gajah mati direkodkan setiap tahun di Sri Lanka yang dipercayai dibunuh penduduk…










