KUALA LUMPUR 29 Sept.- Dua peserta larian KL Marathon cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Gombak dekat sini hari ini. Kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu berlaku apabila kedua-dua mangsa berusia 44 tahun yang sedang berlari di lorong kiri lebuh raya terbabit tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Honda City. Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan manakala kenderaan terbabit bertindak melarikan…










