JOHOR BAHRU – Dua pensyarah kanan sebuah universiti awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini masing-masing atas tiga pertuduhan salah guna kuasa dan bersubahat bagi menerima suapan, antara Mac 2017 hingga Ogos tahun lalu. Kedua-dua tertuduh, Mohd. Zul Azmi Ishak, 43, dan isterinya, Mazlyda Abd. Rahman, 41, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob. Mengikut kertas pertuduhan,…










