PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin sebelum ini mengaku pernah berhasrat untuk bersara daripada dunia penyiaran. DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd. Majid, 43, berkata, tanggungjawab yang semakin besar sebagai Ketua Stesen Suria FM agak membataskannya untuk aktif seperti dulu. “Apabila saya kenang balik 20 tahun dalam dunia penyiaran, terasa lama sangat dalam bidang ini. Banyak susah payah yang saya lalui. Begitu juga bukan sedikit pengorbanan yang saya curahkan.…










