HANYA kira-kira dua bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggemparkan Britain dengan tindakan Malaysia mengambil alih British Guthrie Corporation Limited menerusi pembelian saham syarikat gergasi itu secara dramatik yang dikenali sebagai ‘Dawn Raid’ (Serangan Waktu Subuh) di London Stock Exchange (LSE) oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981. Laporan Utusan Malaysia pada 12 September 1981 bertajuk “Pengambilalihan Guthrie Corporation Limited: PNB memulangkan getah kepada…