KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Kementerian Pendidikan sedang mengumpul data berkaitan guru yang melakukan inisiatif sendiri merakam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka melalui saluran YouTube untuk dimasukkan ke dalam sebuah portal yang lebih menyeluruh dan sistematik. Pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP) kementerian itu, Shafruddin Ali Hussin berkata, ramai guru di seluruh negara yang berkongsi ilmu dan kepakaran mereka di YouTube dan bakat mereka itu sangat diperlukan ke arah transformasi…








