Melihat UMNO semakin progresif dan berterusan mengkritik kerajaan menjadikan DAP seolah-olah takut dengan bayang sendiri sehingga hendak menubuhkan jawatankuasa khas perangi berita palsu ciptaan UMNO-Pas. Sejak menjadi pembangkang, UMNO serta parti komponen lain semakin matang dalam menjadi agen semak dan imbang terhadap segala tindakan kerajaan yang semakin hari semakin merosakkan negara. Adalah menjadi tanggungjawab pembangkang untuk mengkritik setiap dasar dan tindakan kerajaan berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh. Hal ini…










