KLANG 23 Sept. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Klang menerima sebanyak 105 panggilan sepanjang bulan ini berhubung kehadiran haiwan serta reptilia yang mencari tempat perlindungan di kawasan lembab untuk berteduh berikutan cuaca panas melampau. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, berdasarkan statistik tersebut, pihaknya banyak menerima panggilan untuk bantuan menangkap binatang liar dan reptlia seperti ular, musang, biawak, monyet dan kucing hutan. Menurut Samsol Maarif,…










