KUALA LUMPUR 30 Sept. – Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini selepas mencatatkan pergerakan turun naik dalam jajaran ketat, mengambil isyarat daripada pasaran ekuiti serantau yang bercampur-campur dan seterusnya rendah. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.007 peratus atau 0.11 mata kepada 1,584.03 berbanding 1,584.14 semasa ditutup pada Jumaat. Indeks dibuka 0.12 mata lebih tinggi pada 1,584.26 dan bergerak antara 1,582.96 dan…










