KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan 0.07 peratus lebih tinggi hari ini, meningkat semula daripada kemerosotan sebelum ini dan meraih pengukuhan berikutan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang sederhana dalam saham berharga rendah dan bermodal kecil dengan sentimen pasaran berhati-hati terhadap prospek pertumbuhan ekonomi global, kata peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.13 mata kepada 1,597.41 daripada…










