PULAU PINANG 20 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan sebuah bot pukat tunda kelas B yang mencerobohi kawasan Zon A di kedudukan 4.2 batu timur Tanjung Piandang kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi. Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot itu dikesan ketika dipercayai sedang menunda ikan di kawasan Zon A dalam keadaan mencurigakan. Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki tempatan…










