PASIR PUTEH 22 Sept. – Kira-kira 14,000 anggota bomba bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir berikutan peralihan Monson yang akan bermula 24 September ini. Timbalan Ketua Pegarah Bomba Datuk Amir Yusof berkata, pihaknya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca semasa yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai pandu arah siap siaga menghadapi fenomena cuaca. Beliau berkata, ini termasuk menyusun strategi dan logistik di negeri yang mudah dilanda banjir, air pasang besar…








