Ketika pulang dari Makassar menaiki pesawat AirAsia pada 13 September lalu, penulis perhatikan sampul jerebu di ruang udara pada ketinggian sekitar 7,000 meter berterusan sepanjang perjalanan. Ini suatu kawasan yang luas merangkumi keseluruhan Pentas Sunda. Penulis telah mendapat berita, hampir seminggu jerebu teruk melanda seluruh negara dan khabarnya berpunca daripada banyak titik panas (kawasan terbakar) di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Ini bukan pertama kali bencana jerebu melanda negara. Pada tahun…









