KUALA LUMPUR 22 Sept. – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada bulan depan akan memperuntukkan dana secukupnya bagi pelaksanaan fasa pertama Dasar Automotif Negara (NAP) 2019. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari berkata, fasa pertama NAP 2019 yang akan bermula tahun depan sehingga 2023-2024, merupakan kesinambungan kepada NAP 2014 dengan penekanan kepada penambahbaikan dasar-dasar polisi dengan teknologi baharu termasuk aspek modal insan…










