PASIR MAS 21 Sept. – Bekas pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja di Jalan Pasir Mas – Kota Bharu berhampiran Kampung Kasar dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.24 malam itu bekas pelajar Diploma Kejuteraan Elektrik PKB Muhammad Ammar Mohd.Yusuf, 21, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Pemangku Ketua Polis Daerah…










