LONDON 26 Sept – Hujan lebat mengakibatkan beberapa jalan di Britain ditenggelami air sekaligus mencetuskan masalah lalu lintas. Lapor BBC, lima amaran banjir dan 40 arahan berjaga-jaga dikeluarkan seluruh negara itu oleh agensi alam sekitar. Jabatan meteorologi tempatan pula mengeluarkan amaran kuning sehingga pukul 11 malam waktu tempatan bagi hampir semua kawasan di Britain. Antara kawasan terkesan adalah Southampton, Birmingham, Liverpool dan London.- AGENSI










