KUALA LUMPUR 1 Sept. – Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menjumpai bayi perempuan yang diletakkan dalam beg kitar semula ketika melakukan rondaan di sebuah kondominium di Taman Melati, Wangsa Maju, kelmarin. Bayi perempuan yang masih hidup itu ditemukan pada pukul 7.20 malam di lorong koridor kondominium bersama sekeping nota bertulis ‘Rahsia August 27, 2019.’ Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, susulan laporan dibuat oleh pengawal keselamatan…










