PARIS 20 Sept. – Penganjur Anugerah Ballon d’Or memperkenalkan trofi untuk penjaga gol buat julung kali mulai tahun ini, umum France Football, pagi tadi. Trofi Yashin dinamakan sempena legenda antarabangsa Soviet, Lev Yashin, yang muncul penjaga gol tunggal memenangi anugerah itu. Anugerah Ballon d’Or diberikan hasil undian wartawan sukan kepada pemain bola sepak lelaki sejak 1956. Tahun lalu, anugerah pemain terbaik wanita diperkenalkan dan dimenangi pemain Norway, Ada Hegerberg. Senarai…










