SERDANG 23 Sept. – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah purata bacaan untuk 24 jam dan tidak ada hubung kait dengan jarak penglihatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, bacaan IPU yang disalurkan JAS menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) adalah bacaan IPU rasmi negara dan data-data itu telah ditentusahkan sebelum dipamerkan kepada orang awam.…










