LUMUT 27 Sept. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati keputusan AR Badul yang mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mej Mohd Zahir Armaya. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, permohonan itu merupakan hak peribadi pelakon serta pelawak veteran itu, Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie. “Kita kena hormati apa sahaja yang beliau kehendaki, kita menunggu proses seterusnya,” katanya dalam sidang media…










