JAKARTA 18 Sept. – Sebahagian besar penduduk Palangkaraya, Kalimantan Tengah hanya mampu berserah kepada takdir apabila terpaksa ‘menghirup’ asap pekat akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah itu sejak beberapa hari lalu. BBC Indonesia melaporkan, jerebu yang melanda Palangkaraya adalah 20 kali ganda lebih tinggi daripada tahap normal kualiti udara yang ditetapkan oleh Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK). Seorang penduduk, Budi Di Laman berkata, dia tidak mempunyai wang untuk membawa…










