Akta kawal vape, rokok elektronik dibentang Mac 2020 - Utusan Malaysia

Akta kawal vape, rokok elektronik dibentang Mac 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac 2020.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM ketika ini dalam fasa akhir penelitian untuk menggubal akta berkenaan yang disifatkan lebih menyeluruh serta dapat menangani pelbagai isu terkini.

“Kita hampir di penghujung perbincangan bersama Peguam Negara dan sangat mengharapkan dapat membentangkannya di Parlimen pada suku pertama sebelum Mac tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri larian ‘Stop The Stigma’ anjuran Hospital Umum Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri lama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akta itu merangkumi bukan sahaja tembakau tetapi beberapa sisi lain yang bersangkutan dengan nikotin yang terdapat di dalam ‘vape’ ataupun rokok elektronik.

Sebelum ini, Timbalan Menteri, Dr. Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa khas yang melihat kepada persoalan mengenai vape dan shisha yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FCTC (Rangka Kerja Kawalan Tembakau) dan farmasi KKM bertanggungjawab melihat produk tembakau yang mengandungi nikotin. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×