PERANCIS 21 Sept. – Nantes terlepas peluang untuk berada di puncak Ligue 1 selepas penalti Ludovic Ajorque pada minit terakhir membolehkan Strasbourg bangkit daripada ketinggalan sekali gus melakar kemenangan pertama mereka pada musim ini. Nantes terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 walaupun mendahului permainan dan itu bermakna mereka kekal di tangga ketiga dengan 10 mata ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Paris Saint-Germain (PSG). “Kami mempunyai waktu terbaik pada babak pertama…










