IPOH 30 Sept. – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan rasa kecewa ekoran kekalahan 1-3 pasukan Perak kepada Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam. Menurutnya, kekalahan itu bermakna Perak gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu selain menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi. “Sama seperti yang dirasai oleh para penyokong dan peminat tegar The Bos…










