KUALA LUMPUR 20 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama hampir 1,000 jemaah menunaikan solat Istisqa menolak bencana jerebu yang semakin teruk melanda beberapa kawasan di Malaysia sejak dua minggu ini. Solat sunat Istisqa, yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, itu dilakukan selepas solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara di sini. Turut menunaikan solat sunat Istisqa ialah Perdana Menteri…










