KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mejar Mohd. Zahir Armaya yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham Mohd. Zahir dan menzahirkan harapan agar keluarganya…










