KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi berkenan menghadiri Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-14 (ASN ke-14). Pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 8.40 malam disambut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka…










