PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini. Keberangkatan tiba pasangan Diraja pada 8.30 pagi itu disambut dengan alunan lagu Negaraku dari Pancaragam Gabungan Pusat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 21 das tembakan kehormatan dari 41 Bateri Istiadat…










