SHAH ALAM 23 Sept. – Kerajaan Selangor amat mengalukan usaha mana-mana pihak untuk menganjurkan lebih banyak program e-sukan di negeri berkenaan kerana perkembangan bidang itu kini dilihat mampu menarik minat pelabur dan syarikat pembangun permainan video ke Malaysia. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, menerusi perkembangan pesat itu juga, penganjuran pelbagai program e-sukan membolehkan Malaysia ‘mengintai ruang’ untuk tersenarai sebagai sebuah negara…










