KUALA TERENGGANU 1 Sept. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 72, hari ini dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1441H yang berlangsung di Stadium Negeri di sini. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerima wang tunai RM10,000 di samping tajaan umrah, set persalinan, piala dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Sebagai tokoh ulama dan pemimpin gerakan Islam…










