KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 72, dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Terengganu hari ini. Penganugerahan terbabit membolehkan Ahli Parlimen Marang itu menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, persalinan, piala dan sijil penghargaan. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Abdul Hadi pada sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Stadium Negeri di sini hari ini. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah…










