MONROVIA 19 Sept. – Sekurang-kurangnya 27 orang pelajar dan dua orang guru terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah agama semalam. Lapor al-Jazeera memetik jurucakap polis, Moses Carter sebagai berkata, kebakaran itu berlaku ketika waktu tengah malam dan memusnahkan asrama serta bangunan sekolah di Paynesville, pinggir bandar Monrovia. Menurut Carter, kesemua pelajar yang terbabit dalam kebakaran itu berusia antara 10 hingga 20 tahun. “Mereka sedang belajar mengaji al-Quran ketika kebakaran…










